Skip to main content

Sayu..!! Wajah pasangan lemas di tali air, cinta mereka hingga ke mati..



Sungai Besar : “Mereka merancang bertunang bulan ini dan berkahwin Januari depan, malah anak saya sudah memilih warna putih sebagai tema majlis,” kata Zaleha Talib mengenai anak lelaki bersama teman wanitanya yang lemas dalam tali air di Parit 9 Timur, di sini .

Anak Zaleha, Azizul Arifin, 21, dan kekasihnya, Intan Norliyana Mohammed, 18, gagal dikesan sejak malam Isnin lalu selepas keluar menaiki motosikal.

Kehilangan mereka akhirnya terjawab selepas mayat kedua-duanya ditemui jam 8 pagi semalam dan polis percaya mangsa lemas selepas motosikal Honda EX5 dinaiki mereka terbabas ketika hujan lebat malam Isnin lalu sebelum terjunam ke dalam tali air.

Zaleha berkata, kali terakhir dia menemui anaknya itu jam 4 petang Isnin lalu, arwah beria-ia menyuruhnya memasak ikan gelama goreng berlada yang menjadi kegemarannya.

“Dia rancak bercerita mengenai majlis pertunangan dan pernikahannya termasuk mahu menggunakan khemah, pakaian dan hantaran bertemakan putih,” katanya ketika ditemui semalam.









Menurutnya, sejurus Mohammad Azizul keluar rumah menaiki motosikal untuk ke rumah emak saudaranya, dia terus memasak lauk kesukaan anaknya itu.

Namun, kata Zaleha, anaknya tidak pulang sehinggalah dimaklumkan mengenai penemuan dua mayat di Parit 9 Timur pagi semalam.

Menurutnya, arwah anak bongsu daripada tujuh beradik juga sudah merancang untuk mengikuti kursus perkahwinan.

“Tarikh bertunang dan kenduri kahwin masih dalam proses perbincangan antara kedua-dua pihak, namun semua itu tidak menjadi kenyataan,” katanya.

Zaleha dari Kampung Baharu Nelayan di sini berkata, anaknya memaklumkan dia mahu mengunjungi rumah kakaknya di Parit 11 bersama Intan Norliyana yang bekerja di sebuah kedai kek di Sungai Besar.

“Saya dimaklumkan arwah mengunjungi, malah sempat bermain-main dan mengucup anak saudara arwah yang masih bayi. Kedua-duanya juga sempat makan malam di situ sebelum pulang.

“Mereka pulang dalam keadaan hujan lebat dan selepas itu kami gagal mengesan mereka lalu membuat laporan polis pada jam 9.36 malam kelmarin selepas hampir 12 jam tidak pulang,” katanya. Al-fatihah

Popular posts from this blog

Lagi 6 Gambar Aksi Wanita Bertudung "Menyusukan" Teman Lelaki Tersebar??

Seorang remaja perempuan yg bertudung litup rela menyerahkan diri dipeluk teman lelakinya sementara seorang rakan perempuannya yg duduk bersebelah hanya mampu memandang tanpa menegur kelakuan rakannya. Perbuatan tidak bermoral remaja berkenaan dapat dilihat ketika operasi maksiat Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) di tepi sebuah pantai di Georgetown. Ketika dipandang sekali imbas, kelihatan dari jauh remaja lelaki berusia lingkungan awal 20-an itu ibarat sedang mendodoi kanak-kanak kecil.

KENA SEMBUR CAT JIKA BERPAKAIAN KETAT.!!

Di Acheh, ada satu penguatkuasaan di mana, jika ada wanita-wanita muslim yang berpakaian seksi/ketat dan lelaki-lelaki muslim yang berseluar pendek (tidak menepati syariat), akan ditahan dan disembur dengan cat ke atas pakaian mereka agar mereka tak boleh lagi memakai pakaian tersebut di masa akan datang. Perkara ini mula dilaksanakan pada awal tahun 2014. Cuma di Malaysia, kita mungkin baru tahu akan perlaksanaan ini. Apa pandangan korang tentang cara Acheh menguatkuasa undang-undang bagi menghalang muslim berpakaian seksi ataupun tidak menepati syariat? Sesuai?

GILA..!! PENGHANTAR PIZA KANTOI BERSETUBUH DENGAN PELANGGAN

SINGAPURA - Penghantar pizza tertarik pada gadis yang membuka pintu ketika dia menghantar pizza ke rumahnya. Terence Tan Yan Han kemudian membuat panggilan telefon ke rumahnya. Dia dan kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun bertukar nombor telefon, dan dalam masa dua minggu, mereka mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di Geylang. Semalam, sebuah mahkamah daerah mengarahkan Tan menjalani hukuman satu tahun kerana melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur. Dia juga harus melaksanakan 80 jam khidmat masyarakat, dan ibu bapanya berjanji bon $ 5,000 hingga memastikan kelakuan baik beliau terjamin. Tan , yang kini 24 dan seorang pelayan, mengaku bersalah bulan lalu. Dia melakukan kesalahan itu pada Februari 2009 ketika ia berusia 20 dan pengantar untuk Pizza Kanada Walaupun mengetahui gadis itu di bawah umur 16 dan di bawah usia dewasa , beliau bertanya kepada remaja itu untuk mengadakan hubungan seks dengan dia. Pada hari mereka berjumpa, dia menggunakan motosikal untuk menjemp...

[4 Foto] Telah Mengejutkan Orang Ramai "Tertangkap 4 Orang Awek Cun".

Mencari ramli.. kt cnie ko ye.. nk bg tao hakim r.. huhuhuh Pilih mne satu yang anda berkenan,hehe Tertangkap suda. Yang mana satu idaman kalbu? haha

SADIS : Banduan Wanita Islam Dipenjara Bersama Beribu Banduan Lelaki Di Afghanistan (3 Gambar)

Tahukah anda banduan 650 adalah satu-satunya banduan wanita yang ditahan dipenjara Bagram di Afghanistan di mana penjara ini adalah khusus untuk banduan lelaki? Inilah hakikatnya yang dialami oleh banduan 650 yang bernama Dr. Aafia Siddiqui. Beliau diculik pihak FBI Amerika pada 30 Mac 2003 di Pakistan atas tuduhan mempunyai hubungan erat dengan Al-Qaeda di mana sehingga sekarang tiada bukti dapat ditunjukkan oleh pihak FBI tentang hubungan yang dikatakan itu. Siapa Dr. Aafia Siddiqui? Tiada siapa kenal baik masyarkat Malaysia dan Islam diseluruh dunia dan tiada media di mana-mana kerajaan negara Islam yang ingin mengambil tahu tentang Dr.Aafia ini kerana apa? kerana diri kita ditimpa penyakit wahan dan assobiyah dan otak kita sudah diprogram untuk tidak menganggap umat Islam yang lain sebagai saudara. Buktinya, kita hanya simpati tapi tiada empati. Orang barat pula menganggap nyawa umat Islam tiada nilai. Jika seorang wanita barat diculik oleh orang Islam setiap hari media di selu...